Welcome

Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

sedarlah ...

Wednesday, February 2, 2011




hati berat utk mengambil sesuatu keputusan,
tapi apakan daya kerna aku ini hanya seorang insan biasa,
ketahuilah akan apa cara yang dapat dilakukan untuk membantu anda,
demi memperoleh kejayaan pada masa hadapan kelak.

Islam mengajarku tentang segalanya yang bisa ku tempuhi bagi mendapatkan kejayaan di dunia mahupun akhirat,insyaAllah. masih cerah dalam kotak fikiran,dimana guruku pernah melafazkan sepatah dua ayat yang berbunyi "kita perlu saling nasihat-menasihati antara satu sama lain dan jikalau orang yang dinasihati itu tidak mengambil tindakan(sama seperti dirinya sebelum dinasihat) maka berhati-hati lah,kemungkinan hati orang itu telah koma(susah untuk pulih)". seringkali ketika kami berada di dalam kelas,hampir semua guru telah menasihati kami untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dan cara mendekati kejayaan. telah lama aku fikirkan apa tindakan yang perlu dibuat selepas ini. namun begitu haruslah kupatuhi segala nasihat mereka kerana mereka telah lama menginap di dunia ini dan telah banyak asam garam yang ditempuhi. oleh itu,hendaklah aku buka minda ku dan berfikir secara matang akan apa perkara seterusnya yang bakal ku bina demi mencapai cita2ku. walaupun perit,tetapi aku harus melakukannya kerana keperitan ini hanyalah sementara sahaja.
Allah s.w.t juga sering mengingatkanku dengan cara yang sangat sangat berhikmah(apabila aku renungkan apa yang terjadi setiap hari itu hanya untuk kebaikan diriku). aku perlu berubah,tinggalkan segala anasir2 yang boleh menghalangku mencapai kejayaan itu. bangkitlah dari kegelapan kerana kau masih diberi peluang sebelum kau menempa maut esok lusa. hargailah setiap masa yang dikurniakan kepadamu. janganlah kamu sia2kannya. masa tidak boleh dibeli dan tidak boleh dikembali. setiap masa yang telah berlalu dianggapkan sebagai sejarah hidup. jadikanlah supaya sejarah anda menjadi sejarah yang bercahaya dan bersinar2 dari setiap sudut jika anda mengenangkannya. aku harus tegas dengan pendirianku.
sekian...
terima kasih mr.blog :)

0 comments:

Post a Comment